Dikemaskini 11 Oktober

Deadline kini melaporkan yang filem Kingdom Of The Planet Of The Apes sudah memulakan penggambaran. Penggambaran bagi filem ini dilakukan di Disney Studios Australia, yang mana sebelum ini adalah Fox Studios.

Filem baharu Planet of the Apes ini dikatakan akan memulakan penceritaan baharu dan berbeza dengan sebelum ini. Ia juga berlaku bertahun selepas filem War for the Planet of the Apes yang ditayangkan pada tahun 2017.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini nanti.


Artikel asal

Planet of the Apes disahkan akan menerima filem baharu sebelum ini. Kini, judul filem telah disahkan iaitu Kingdom Of The Planet Of The Apes. Filem ini dikatakan akan mempunyai jalan cerita serba baharu yang berlaku bertahun selepas filem War for the Planet of the Apes (2017).

Pengarah Maze Runner, Wes Ball akan mengarah filem ini dengan Peter Macon (It, It: Chapter 2) sepagai beruk utama dan turut disertai Owen Teague (Family Guy, Dexter). Pelakon baharu yang disahkan turut akan menyertai filem ini adalah Freya Allan yang berlakon sebagai Ciri dalam siri TV The Witcher.

Skrip filem dikatakan akan ditulis oleh pasukan penulis Avatar: The Way of Water Josh Friedman, Rick Jaffa dan Amanda Silver serta penulis filem Prey Patrick Aison. Filem ini akan dihasilkan oleh 20th Century Studios dan dikatakan akan ditayangkan pada tahun 2024 nanti.

Sumber: The Hollywood Reporter

Sohor Kini