Orphan Black iaitu siri TV mengenai pengklonan manusia yang menjadikan pelakon Tatiana Maslany terkenal kerana boleh membawa watak sama tetapi berpuluh personaliti berbeza menerima sekuel Orphan Black: Echoes.
Kali ini pelakon Jessica Jones iaitu Krysten Ritter pula akan menjadi watak utama. Siri sekuel ini berlaku beberapa dekad selepas siri asal. AMC kongsi beberapa imej sempena menyambut ulang tahun ke-10 siri ini.
Kisah dalam Echoes akan mempunyai konsep penceritaan lebih kurang sama dengan Orphan Black cuma kali ini memfokuskan watak Lucy. Hidup beliau penuh dengan misteri, dianiaya dan pengembaraan yang mencabar dan beliau hanya ingin mencari asal-usul sebenar di dalam dunia aneh ini sahaja.
Orphan Black: Echoes akan disiarkan pada tahun ini di AMC dan tidak pasti jika ia akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak.