Orphan Black adalah siri TV mengisahkan konsep klon. Satu klon wanita mula menyedari diri yang beliau telah diklonkan dan mempunyai 17 klon. Setiap klon ini mempunyai identiti tersendiri dan perwatakan berbeza termasuk bakat dan kehidupan kerana telah diklonkan sejak lahir lagi.

Siri ini disiarkan pada tahun 2013 sehingga 2017 dan pelakon utama siri ini adalah Tatiana Maslany yang akan menjadi She-Hulk dalam siri TV Disney+ akan datang.

Terkini, AMC Networks telah meluluskan sambungan kepada siri ini iaitu Orphan Black: Echoes. Siri ini akan berlaku di masa hadapan yang akan memfokuskan konsep memanipulasi kewujudan manusia secara saintifik. Kisah ini akan membabitkan sekumpulan wanita yang mula mempelajari kisah kehidupan masing-masing dan merungkai misteri di sebalik identiti mereka dan mendedahkan penganiayaan dan cinta.

Orphan Black: Echoes akan disiarkan di AMC+ pada tahun 2023 akan datang. Siri ini akan dihasilkan oleh Anna Fishko dan antara salah seorang pencipta siri asal  John Fawcett.

Sohor Kini