Skip to main content

Cygames, syarikat pembangun disebalik permua gacha Princess Connect! Re:Dive hari ini telah mengesahkan bahawa versi global (Bahasa Inggeris) permua tersebut akan ditamatkan aksesnya pada 30 April ini.

Permainan gacha tersebut diperkenalkan di pasaran Jepun terlebih dahulu pada tahun 2018, dan kemudiannya untuk pasaran global pada tahun 2021. Menariknya, Princess Connect! Re:Dive merupakan olahan semula permua gacha Princess Connect! yang diperkenalkan pada tahun 2015 di Jepun dan ditutup setahun kemudian.

Melalui pengumuman yang dibuat, Cygames mengesahkan bahawa kedai tunai dalam permainan telah ditutup dan pengguna tidak lagi boleh membeli matawang digital yang diperlukan untuk membuat pembelian dalam aplikasi.

Walaupun begitu, sebelum ditutup, permainan ini masih akan memberi pengguna peluang untuk mendapatkan dua watak baru, iaitu Rin (Ranger) dan Mahiru (Ranger) menjelang 17 April kelak.

Sumber: Crunchyroll

Leave a Reply