Jika anda meminati permainan video seperti Chrono Cross dan Octopath Traveler, Square-Enix baru-baru ini telah mengesahkan bahawa permainan JRPG klasik Live A Live telah diperbaharui dengan rekaan grafik sama seperti Octopath Traveler dan akan tiba di pasaran tidak lama lagi.

Live A Live merupakan sebuah JRPG unik dimana anda memainkan lapan watak berbeza yang mana mereka semua hidup di zaman yang berbeza dan mempunyai jalan cerita unik mereka sendiri. Permainan ini mempunyai lapan jalan cerita yang mana anda boleh memainkan tujuh daripadanya dalam apa-apa urutan, tetapi jalan cerita kelapan merupakan pengakhiran epik permainan ini.

Kembali untuk kemaskini permainan ini ialah Takashi Tokita, pengarah asal permainan ini yang dilancarkan pada tahun 1994 untuk konsol Super Famicom dan juga Yoko Shimomura, komposer bunyi runut asal permainan ini, yang turut terkenal untuk menulis lagu-lagu untuk sebuah lagi JRPG popular Kingdom Hearts.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba permainan ini dahulu, demo permainan baru diperkenalkan hari ini untuk konsol Sony PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga Steam. Pra-tempahan untuk permainan ini sudahpun dibuka, dan hadir dengan diskaun 20 peratus apabila dibeli sebelum pelancarannya pada 27 April ini.

Sohor Kini