Perisian Pelagak Permainan Dolphin Akan Tiba Di Steam

Nintendo ialah diantara syarikat permainan video yang tertua di dunia, tetapi sayangnya mereka tidak begitu baik dalam menyimpan dan mengekalkan permainan-permainan lama mereka.

Disinilah tibanya perisian pelagak yang membolehkan orang ramai untuk menikmati permainan-permainan klasik dan untuk konsol-konsol yang tidak lagi dikemaskini dengan perisian baru.

Dolphin, nama yang cukup popular dikalangan mereka yang bermain permainan video klasik, khususnya dari Nintendo hari ini telah mengumumkan bahawa perisian pelagak mereka akan diperkenalkan di gedung digital permainan video Steam dalam masa beberapa bulan.

Perisian ini boleh digunakan untuk menggerakkan fail-fail permainan Nintendo Wii dan juga GameCube dan tetapan seperti resolusi, tekstur permainan dan fail simpanan dengan cepat dan mudah.

Akan tetapi, anda akan perlu mencari fail-fail permainan sendiri kerana secara teknikalnya ia adalah satu bentuk cetak rompak. Ia juga disahkan bahawa perisian ini akan disokong di platform permainan Steam Deck.

Akses awal untuk perisian ini akan diperkenalkan pada bulan hadapan untuk tujuan memudahkan proses ujian perisian ini, manakala tarikh pelancaran rasminya akan diketahui dalam masa beberapa bulan.

Sumber: Dolphin

Sohor Kini