Square Enix telah mengumumkan yang permainan kad fizikal Final Fantasy mereka telah diedarkan sebanyak 20 juta pek secara global. Mereka juga mengumumkan set booster baharu iaitu From Nightmare yang merupakan set booster ke-19.
Set booster ini menggunakan Cloud dari Final Fantasy VII Advent Children sebagai penghias kotak, set ini menyertakan kad yang mempunyai multi-elemen termasuk juga kad dengan 4 elemen buat pertama kali.
Di dalam set ini juga akan disertakan kad dengan karya yang dihasilkan oleh artis Square Enix khusus untuk kad ini. Watak-watak akan disertakan daripada permainan seperti Final Fantasy IV, Final Fantasy VI dan Final Fantasy XI.
Dengan jumlah yang terhad, kad ‘Special’ disertakan iaitu kad Cloud seperti gambar di kotak yang mempunyai tanda tangan Tetsuya Nomura iaitu pengarah untuk permainan Final Fantasy VII.