Filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One akan memuaskan hati peminat dengan mengimbau kembali kenangan menonton filem pertama. Ini kerana beberapa pelakon dari filem pertama akan dikembalikan.
Walaupun treler pertama sudah dikongsi, filem ini masih lagi sedang dalam penggambaran. Dalam treler lepas bekas pengarah IMF Eugene Kittridge lakonan Henry Czerny dapat kita lihat. Kemudian selain Tom Cruise, Ving Rhames, dan Simon Pegg yang semua kenal.
Hayley Atwell, Pom Klementieff, Shea Whigham, Cary Elwes, dan Esai Morales turut akan menyertai filem ini. Baru-baru ini Christopher McQuarrie iaitu pengarah dan penulis filem Dead Reckoning Part One telah mendedahkan seorang lagi watak filem pertama akan kembali.
Watak ini adalah ejen CIA William Donloe lakonan Rolf Saxon. Kali ini beliau akan menjadi bekas ejen CIA. Bagi yang tidak mengenali watak ini, Donloe adalah ejen yang sakit ketika Ethan Hunt sedang mencuri fail penting di pejabat CIA.