Akhirnya, treler untuk filem Mission: Impossible Dead Reckoning dipertontonkan. Ia adalah filem ketujuh dalam francais Mission: Impossible dan adalah bahagian pertama daripada dua.
Seperti biasa, Tom Cruise kembali memainkan watak Ethan Hunt. Cum persoalannya apakah pula misi kali ini dan adakah beliau patut menerimanya? Treler pertama untuk filem ini telah pun dikongsi, anda boleh tonton di bawah;
Dalam treler ini, bekas pengarah IMF, Eugene Kittridge lakonan Henry Czerny menyatakan Ethan Hunt diburu untuk sesuatu yang berkaitan dengan mengawal kebenaran dan mengenai konsep betul atau salah. Misi beliau masih tidak jelas, tetapi ia mungkin dahsyat kerana akan membuatkan Benji Dunn (Simon Pegg), Ilsa Faust (Rebecca Ferguson), Luther Stickell (Ving Rhames), dan Alanna Mitsopolis (Vanessa Kirby) kembali beraksi.
Keseluruhan filem ini masih kurang jelas, tetapi Grace lakonan Hayley Atwell dilihat akan memainkan peranan penting. Antagonis filem ini adalah Esai Morales yang memainkan watak misteri. Turut kelihatan dalam treler ini, ada banyak aksi merbahaya berlaku yang pasti akan menghangatkan lagi keadaan.
Adakah anda akan menerima misi untuk tonton filem ini pada 14 Julai 2023 akan datang?