Jordan Peele Akan Ada Dua Filem Pada Tahun 2024

Jordan Peele bukan terkenal dengan sketsa lawak bersama Keegan-Michael Key sahaja. Tetapi Peele turut terkenal sebagai seorang pencipta filem seram yang unik dan menarik.

Antara filem beliau yang menerima sambutan baik adalah Us, Get Out dan yang terkini Nope.

Tahun hadapan, Peele akan ada dua filem untuk ditayangkan. Pertama adalah sebuah filem seram ngeri di bawah produksi beliau melalui Monkeypaw Productions. Filem ini akan ditayangkan pada 27 September 2024. Satu lagi adalah filem yang akan diarahkan oleh beliau untuk tayangan pada musim Krismas 2024.

Kedua-dua filem akan dibawakan oleh Universal Pictures. Tetapi sayang sekali, segala butiran masih lagi dirahsiakan. Sama-sama kita nantikan filem apakah yang Peele akan perkenalkan tahun hadapan.

Baca: Ulasan Nope – Bukan Yang Terbaik Oleh Jordan Peele

Sohor Kini