Pada penghujung tahun lepas, ia telah dilaporkan bahawa Xbox mahu memasuki arena permua dengan pengumuman bahawa mereka mahu membangunkan gedung Xbox Mobile Store.

Ini akan membolehkan Xbox untuk meningkatkan lagi kehadiran mereka di arena permainan video tidak kira platform, khususnya apabila ia dilihat bahawa industri permua adalah diantara industri hiburan yang paling menguntungkan hari ini.

Phil Spencer, ketua bahagian gaming di Microsoft mengatakan bahawa syarikat tersebut mahu memperkenalkan gedung Xbox Mobile Store di platform Android dan juga iOS pada awal tahun hadapan, tetapi ini bergantung kepada samada Microsoft berjaya dalam mengambil-alih Activision-Blizzard-King (ABK).

Ini adalah kerana ABK dilihat sebagai pemangkin untuk Microsoft memasuki arena permua kerana pilihan tajuk permainan untuk peranti mudah-alih yang cukup banyak sekali dibawah naungan mereka. Microsoft juga dijangka akan membuka gedung tersebut di masa akan datang tetapi Microsoft mungkin hadir dengan isu jumlah permainan yang akan ditawarkan di platform tersebut.

Pengenalan gedung permua baru ini adalah kerana Kesatuan Eropah bakal memperkenalkan Digital Markets Act yang membolehkan syarikat-syarikat untuk membuka gedung aplikasi mereka sendiri di platform Android dan iOS tanpa perlu melalui terma dan syarat platform gedung platform-platform tersebut.

Buat masa ini, nampaknya pelan Microsoft untuk membuka gedung Xbox Mobile Store ini bergantung banyak kepada samada pengambilalihan ABK berjaya ataupun tidak.

Sumber: Engadget

Sohor Kini