Microsoft buat masa sekarang sedang melalui proses perundangan di beberapa negara untuk mendapat kebenaran bagi pengambil-alihan Activision yang buat masa sekarang hanya beberapa negara sahaja sudah bersetuju.

Antara maklumat yang diperoleh daripada dokumen untuk perkara tersebut adalah Microsoft di dalam perancangan untuk hadir dengan gedung permainan mudah alih sendiri sebagai alternatif kepada App Store oleh Apple dan Play Store oleh Google.

Di dalam dokumen tersebut, juga dikatakan yang Microsoft akan menjadikan Activision Blizzard sebagai teras utama untuk gedung tersebut, antara permainan mudah alih popular Activision Blizzard adalah Call of Duty: Mobile dan juga Candy Crush Saga.

Microsoft juga mengatakan yang peratusan besar pendapatan yang akan dijana melalui permainan video, majoritinya adalah melalui permainan mudah alih iaitu 51%, PC dengan 24% dan juga konsol dengan 20%.

Gedung permainan mudah alih alternatif adalah perkara biasa untuk peranti Android, akan tetapi buat masa ini Apple masih tidak membenarkannya dan sudah semestinya menjadi cabaran untuk Microsoft jika ingin hadir dengan gedung alternatif ini.

Sumber: The Verge

Sohor Kini