Durioo+ adalah platform penstriman video memfokuskan kandungan mesra kanak-kanak. Kandungan-kandungan platform ini semuanya mendidik anak-anak kecil mengenai nilai kehidupan Islam. Harga langganan Durioo+ adalah RM12.90 sebulan dan kini anda boleh dapatkannya secara percuma.
Khusus untuk pelanggan Unifi Home sempena promosi bulan Ramadan, Unifi memberikan akses percuma kepada Durioo+ sehingga 30 April 2023 akan datang. Pelanggan Unifi perlu dapatkan pas ini melalui laman Unifi Activate.
Selepas menebusnya, anda boleh terus nikmati kandungan di Durioo+ untuk ditonton bersama anak-anak kecil selama sebulan sama ada di Android TV, Android atau iOS.
Sumber: Amanz