Willow adalah filem berdasarkan idea George Lucas yang ditayangkan pada tahun 1988. Tetapi berbeza dengan Star Wars, filem ini tidak menerima sambutan baik dan terus tiada sebarang kesinambungan.
Tahun lepas, sambungan pertama Willow disiarkan di Disney+ melalui siri TV baharu dengan watak utama oleh pelakon sama.
Nampaknya sekali lagi Willow menerima nasib sama kerana Disney telah membatalkan siri TV ini selepas hanya satu musim. Jelas sekali siri ini tidak mendapat sambutan yang baik untuk diteruskan ke musim baharu.
Sumber: Deadline