Willow merupakan satu lagi penceritaan berdasarkan idea oleh George Lucas iaitu pencipta siri Star Wars. Bersama dengan pengarah Ron Howard, filem Willow di keluarkan pada tahun 1988 akan tetapi tidak mendapat kejayaan seperti mana Star Wars dan tiada filem susulan selepas itu.

Pada tahun 2019, Jonathon Kasdan telah berbincang dengan Ron Howard untuk menghasilkan siri TV berdasarkan filem tersebut dan ia dipersetujui dengan Lucasfilm akan penerbitnya untuk Disney+.

Hari ini, ketika sambutan untuk Star Wars, Lucasfilm telah berkongsi treler untuk siri tersebut dan mengumumkan yang ia akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 30 November 2022. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Willow diarahkan oleh Stephen Woolfenden menggantikan Jonathan Entwistle dan Jon M. Chu yang meninggalkan produksi siri tersebut kerana sering tertunda. Ron Howard juga terlibat sebagai Penerbit Eksekutif.

Sohor Kini