Shrinking adalah sebuah drama komedi yang terbaik saya tonton di Apple TV+. Sudah lama saya tidak tonton drama berkualiti seperti ini, dan kerana gembira dengannya skor ulasan Aksiz saya berikan 9/10. Platform penstriman sepatutnya banyak menawarkan kandungan seperti ini untuk memastikan bayaran langganan bulanan berbaloi.
Shrinking adalah drama mengenai Jimmy Laird seorang ahli terapi yang sedang kesedihan atas kematian isteri sehingga anak beliau dipinggirkan dan menjejaskan kerjaya beliau sebagai seorang pakar terapi. Namun beliau menemui jalan untuk mengubati pesakit dengan melanggar segala etika sehingga hidup berubah ke arah positif.
Siri ini mempunyai 10 episod, dengan episod kelapan Boop disiarkan pada hari ini. Atas maklum balas positif, Apple hari ini mengumumkan yang Shrinking akan diteruskan untuk musim kedua. Ini bermakna, Jason Segel (How I Met Your Mother), Harrison Ford (Indiana Jones), Lukita Maxwell (Generation), Luke Tennie (Deadly Class), Jessica Williams (Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald), Christa Miller (Scrubs) dan ramai lagi akan kembali memainkan watak masing-masing.
Baca: Ulasan Shrinking