Bukan satu berita yang mengejutkan, di mana siri TV popular Apple TV+ Ted Lasso akan ditamatkan dengan musim ketiga. Musim ketiga yang juga musim terakhir ini akan mula disiarkan pada 15 Mac tidak lama lagi.

Jason Sudeikis selaku pelakon watak Ted Lasso mengacah yang siri TV lakonan beliau ini ada potensi untuk dikembangkan ke siri sampingan.

Walaupun begitu, ini bukanlah satu pengesahan yang siri sampingan akan berlaku untuk Ted Lasso. Jika ya, ia akan menjadi siri pertama di Apple TV+ mempunyai siri sampingan.

Penulis siri, Bill Lawrence turut menyatakan yang walaupun Ted Lasso boleh ada siri sampingan kisah utama tetap akan tamat dengan musim ketiga.

Dalam treler sebelum ini, kita boleh lihat yang musim kali ini mungkin lebih mencabar kerana yang sebelum ini kawan kini menjadi lawan. Emosi yang menyentuh hati serta komedi yang mencuit hati turut akan disampaikan dalam musim ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini