Playtika iaitu syarikat permainan yang berpusat di Israel, dalam perbincangan mengambil-alih Rovio – syarikat di sebalik permainan Angry Birds. Tiada sebab jelas kenapa Rovio ingin menjual syarikat, tetapi antara sebab yang pasti adalah permainan Rovio Classics: Angry Birds yang tidak mengaut pendapatan dan menjejaskan portfolio mereka.

Rovio Classics: Angry Birds adalah permainan elastik burung klasik mereka yang dilancarkan semula sebagai permainan bayar sekali untuk main. Tetapi permainan ini telah pun dibuang di Play Store dan di App Store telah pun dijenamakan semula kepada Red First Flight.

Terkini, pengguna Android mungkin akan dapat kembali bermain permainan ini kerana kelihatan Red First Flight mula disenaraikan. Tetapi buat masa ini hanya terhad di negara terpilih sahaja. Dalam cubaan kami pada beberapa peranti Android permainan ini masih tidak boleh dipasang.

Ada dua kemungkinan di sini, pertama akan datang pengguna Android boleh muat turun Red Firdt Flight atau nama baharu ini hanya untuk mereka yang sudah sedia memasang Rovio Classics: Angry Birds pada peranti Android masing-masing agar ianya selaras dengan nama di App Store.

Sohor Kini