Kami di Aksiz ingin teruskan lagi pemberian tiket percuma kepada semua pembaca dan pengikut kami. Kali ini tiket filem Guy Ritchie baharu iaitu Operation Fortune: Ruse de Guerre. Ia adalah filem aksi perisikan komedi lakonan Jason Statham sebagai Orson Fortune, Aubrey Plaza sebagai Sarah Fidel, Josh Hartnett sebagai Danny Francesco, Cary Elwes sebagai Nathan Jasmine, Bugzy Malone sebagai J.J. Davies dan Hugh Grant sebagai Greg Simmonds.

Filem ini mengisahkan Orson Fortune seorang perisik yang merekrut pelakon Hollywood untuk misi menyamar mendapatkan semula The Handle sejenis senjata yang boleh memusnahkan dunia.

  • Tarikh Tayangan Awal: 14 Mac 2023 (Tayangan umum 16 Mac)
  • Tempat: TGV One Utama
  • Jam: 8PM

Cara untuk berpeluang dapatkan tiket ini adalah mudah sahaja, anda hanya perlu ikut akaun Twitter Aksiz, dan RT ciapan mengenai giveaway ini, yang kami sertakan di bawah.

Kami akan pilih pemenang secara rawak dan tiket akan diberikan pada hari tayangan di kawasan TGV One Utama. Giveaway ini akan ditutup pada 10 Mac, dan pemenang akan diumumkan pada 12 Mac 2023.

Sohor Kini