Operation Fortune Ke Pawagam Malaysia 16 Mac Ini

Operation Fortune: Ruse de Guerre adalah filem yang diarahkan oleh Guy Ritchie yang turut menjadi penulis bersama-sama dengan Marn Davies dan Ivan Atkinson yang pernah terlibat dengan Wrath Man serta The Gentlemen.

Filem ini sudah pun ditayangkan di Amerika Syarikat pada minggu lalu dan TGV Pictures akan menayangkan filem ini di pawagam tempatan pada 16 Mac akan datang.

Filem ini mengisahkan Orson Fortune seorang perisik yang merekrut pelakon Hollywood untuk misi menyamar mendapatkan semula The Handle sejenis senjata yang boleh memusnahkan dunia. Misi ini melibatkan pasukan perisik bersemuka dengan gangster Ukraine.

Berdasarkan treler, filem ini adalah apa yang kita boleh harapkan daripada Ritchie dengan gaya pergerakan kamera dan arahan cerita terkenal beliau.

Filem Operation Fortune yang merupakan sebuah filem perisikan aksi komedi ini menyertakan pelakon seperti Jason Statham sebagai Orson Fortune, Aubrey Plaza sebagai Sarah Fidel, Josh Hartnett sebagai Danny Francesco, Cary Elwes sebagai Nathan Jasmine, Bugzy Malone sebagai J.J. Davies dan Hugh Grant sebagai Greg Simmonds.

Sohor Kini