Cocaine Bear In Space Adalah Idea Sekuel Seterusnya?

Jimmy Warden adalah seorang penulis filem komedi ngeri. Sebelum menulis skrip untuk Cocaine Bear, beliau adalah penulis di sebalik filem The Babysitter dan The Babysitter: Killer Queen. Cocaine Bear adalah sebuah filem komedi ngeri yang menarik yang sudah lama sebenarnya studio luar tidak hadir dengan filem sebegini untuk tayangan kepada umum.

Warden berkongsi kepada Variety, yang beliau sudah pun ada idea untuk sekuel. Beliau bergurau yang sudah banyak sekuel dirancang dan francais akan ditamatkan dengan filem Cocaine Bear In Space.

Tetapi untuk idea sekuel sebenar, yang mana beliau menjelaskan beruang hitam khayal ini bukan antagonis – kerana hanya seekor haiwan. Apa yang berlaku dalam filem adalah musibah manusia yang melakukan keputusan yang lemah. Jadi konsep penceritaan seperti ini boleh disampaikan berkali-kali dan banyak cara idea ini boleh diterjemahkan.

Warden tidak memberitahu jika sekuel ini akan ditulis terus dan dijadikan filem. Kerana Cocaine Bear pun baru sahaja ditayangkan dan pastilah studio perlu nantikan kutipan dan melihat maklum balas orang ramai terlebih dahulu.

Baca: Ulasan Cocaine Bear

Sohor Kini