Skip to main content

Bagi yang tidak tahu, Sony Pictures turut aktif mengeluarkan filem seram – seperti dua tahun lepas The Unholy. Filem seram mereka cukup menarik dan tahun ini mereka hadir dengan satu lagi filem seram iaitu The Pope’s Exorcist. Seperti sebelum ini, filem ini juga adalah adaptasi dari sebuah buku – cuma kali ini ia adalah kisah benar.

The Pope’s Exorcist adalah kisah seram dari buku An Exorcist Tells His Story dan An Exorcist: More Stories hasil nukilan paderi Fr. Gabriele Amorth. beliau adalah ketua pengusir setan Vatican yang bekerja di bawah Pope. Filem ini diarahkan oleh Julius Avery (Samaritan) dan ditulis oleh Michael Petroni serta Evan Spiliotopoulos (Snake Eyes).

Filem ini mengisahkan paderi Amorth (Russell Crowe) yang menyiasat seorang kanak-kanak yang dirasuk. Dalam penyiasatan ini, Amorth menemui banyak rahsia yang Vatican cuba sembunyikan selama ratusan tahun. Berdasarkan treler, filem ini mungkin adalah satu lagi filem seram yang disampaikan dengan perlahan seperti The Unholy.

The Pope’s Exorcist akan ditayangkan di Malaysia pada bulan April ini.

Leave a Reply