Samsung telah melancarkan monitor Odyssey Ark mereka secara rasmi di Malaysia. Monitor sebesar 55-inci ini menyertakan rekaan melengkung yang boleh digunakan secara mendatar ataupun menegak dan memfokuskan kegunaan untuk permainan video.

Monitor ini menyertakan paparan yang menggunakan panel VA, resolusi 3840 x 2160, kadar reaksi 1ms (GTG) kada segar semula sehingga 165Hz. Selain itu, monitor ini juga menyertakan HDR dengan teknologi Quantum HDR 2000 dan HDR10+.

Selain digunakan bersama dengan konsol ataupun PC, Odyssey Ark juga merupakan “Smart Monitor” yang menyertakan sistem operasi Tizen dan mempunyai pelbagai aplikasi seperti Youtube dan Twitch. Melalui fungsi Multi View, pengguna boleh menggunakan aplikasi-aplikasi ini bersebelahan dengan penggunaan konsol ataupun PC.

Samsung Odyssey Ark ditawarkan dengan harga RM13,999 dan boelh didapatkan melalui pengedar rasmi Samsung. Ingin mencuba sendiri? Monitor dipamerkan di Senheng x Samsung Experience Store di Shoppes, Four Seasons Place.

Sohor Kini