Ejen Ali selepas dua musim siri TV disiarkan dan satu filem ditayangkan, animasi tempatan ini menjadi semakin popular. Ejen Ali Musim 3 disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar dan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di beberapa negara Asia lain lagi.
Ejen Ali tidak dinafikan mempunyai penceritaan yang hebat, kualiti animasi dan produksi yang semakin dahsyat serta prestasi lakonan suara yang mantap. Di Aksiz kami berikan skor ulasan 9/10 untuk siri musim ketiga.
Filem Ejen Ali The Movie 2 juga kini dalam pembangunan. Menjadikan ramai peminat tidak sabar untuk nantikan kisah selanjutnya Ejen Ali dan rakan-rakan. Untuk itu Wau Animation dan Disney telah memberi aku peluang untuk menemuramah pelakon suara di sebalik Ejen Cinco dan Ejen Kim iaitu Nor Meirysha and Nur Atika Abdullah.
Baca: Ulasan – Ejen Ali Musim 3
Kedua-dua Meirysha dan Atika sangat gembira dan berpuas hati bekerja dengan Wau Animation. Untuk Ejen Cinco yang diperkenalkan sejak siri animasi musim pertama dan musim kedua lagi, Meirysha masih ingat akan saat melalui ujian uji bakat dan telah terpilih untuk menjadi watak ini. Menurut beliau pengalaman yang dilalui adalah yang tidak boleh dilupakan.
Sementara Ejen Kim oleh Atika pula, beliau bermula sebagai artis konsep yang melukis watak Kim sahaja. Kemudian diberi peluang untuk mencuba menjadi suara Kim, apabila selesa rakaman sepasukan setuju dan terus memilih beliau sebagai suara rasmi Kim. Jadi dari pelukis konsep watak sendiri sehingga menjadi suara adalah satu pengalaman yang menarik.
Untuk Meirysha, beliau berasa sangat teruja dan rasa bangga kerana suara beliau sendiri boleh didengari di peringkat Asia. Beliau seakan tidak percaya suara sendiri dalam produk tempatan menembusi pasaran luas di Disney+. Baki Atika pula, sejak kecil pernah membayangi dan mengimpikan untuk mendengar suara sendiri atau melihat karya sendiri di televisyen – kini telah pun tercapai dan turut rasa gembira.
Menurut Atika, sudah semestinya Ejen Kim dipenjarakan. Tetapi masih tidak diberitahu berapa lama watak ini akan dipenjarakan. Dengan kematian Ejen Cinco, Kim kini keseorangan dan nasib Kim juga masih ditentukan lagi untuk projek akan datang. Tetapi watak ini dikatakan akan diteruskan lagi, cuma perlu nantikan sahaja kejutan seterusnya.
Sebagai seorang yang minat dengan banyak filem, Meirysha perlu mengambil contoh banyak antagonis dari banyak filem dengan konsep yang sama. Contohnya adalah antagonis yang ingin melakukan perkara yang baik tetapi dengan cara salah, yang mana watak seperti ini klise dan ada banyak – misalnya Thanos dalam Avengers: Endgam. Jadi melihat bagaimana pelakon-pelakon yang memainkan watak seperti ini telah memberi inspirasi kepada suara Ejen Cinco.
Ejen Ali Musim 3 boleh ditonton di Disney+ Hotstar hari ini dengan 13 episod. Sementara musim 1 dan 2 juga turut boleh ditonton. Jika ingin langkau dua musim lepas, YouTube Ejen Ali ada berikan rumusan pendek bagi memudahkan penonton menikmati Ejen Ali Musim 3 dengan lebih baik.