Tahun ini ada banyak filem menarik, seperti yang telah kami senaraikan pada artikel sebelum. Jadi kami di Aksiz ingin terus memberi anda, pembaca setia kami tiket wayang percuma. Giveaway pertama kami tahun ini adalah untuk filem Cocaine Bear.
Filem ini adalah sebuah inspirasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1985, apabila pengedar dadah cuba larikan diri dengan pesawat kecil dab terhempas. Bekalan dadah yang beliau bawa dimakan oleh beruang. Jadi dalam filem ini, seekor beruang hitam telah makan kokain sehingga menjadi lucu dan kemudian mengganas. Seperti yang anda lihat dalam treler, dari penjenayah, polis, pelancong dan ramai lagi semua jadi mangsa serangan.
Cara untuk berpeluang dapatkan tiket ini adalah mudah sahaja, anda hanya perlu ikuti akaun Twitter Aksiz, dan RT ciapan mengenai giveaway ini, yang kami sudah pin di profil Twitter.
Kami akan pilih pemenang secara rawak dan tiket akan diberikan pada hari tayangan di kawasan GSC, Tropicana Gardens. Kami akan berada di lokasi pawagam sekitar 8:15PM ke 9:PM untuk pemberian tiket.