Luther iaitu siri TV penyiasatan lakonan Idris Elba sebagai Luther adalah siri yang menarik. Sambutan siri ini agak hebat sehingga mempunyai lima musim dan adaptasi ke K-Drama. Musim terakhir tamat pada tahun 2019, dengan Luther dituduh sebagai penjenayah sebenar di sebalik kes yang beliau siasat dan telah dimasukkan ke dalam penjara.

Kini selepas 4 tahun, Luther kembali – tetapi dalam bentuk filem iaitu Luther: The Fallen Sun.

Hari ini, treler baharu bagi filem ini dikongsi oleh Netflix dan disahkan akan turut disiarkan di Malaysia pad 10 Mac ini. Berdasarkan treler, filem ini dilihat padat dengan aksi menarik yang ganas, membebaskan diri dari penjara, penganiayaan dan banyak lagi.

Cuma persoalannya adakah Luther akan dapat membersihkan nama beliau dan menegakkan keadilan dengan menangkap penjahat sebenar? Dermot Crowley akan kembali sebagai detektif Martin Schenk, bersama-sama dengan beliau adalah Cynthia Erivo, Andy Serkis, dan ramai lagi.

Sohor Kini