Luther adalah siri TV penyiasatan British yang cukup popular, mengisahkan seorang detektif lakonan Idris Elba. Luther adalah seorang yang hebat dalam tugas beliau dalam satu kes mencari penjahat sosiopat siber. Tetapi selepas lima musim, beliau dituduh sebagai dalang di sebalik jenayah dan telah dipenjarakan.

Populariti siri TV ini agak hebat, sehingga terdapat adaptasi ke versi K-drama. Kini selepas 4 tahun, Idris Elba kembali sebagai Luther dalam filem Luther: The Fallen Sun.

Berdasarkan sinopsis filem, kini di London terdapat pembunuh mengerikan mengganas dan John Luther berada di dalam penjara. Semangat untuk mencuci nama sendiri dan menghentikan penjenayah ini, beliau membebaskan diri dan cuba menyiasat dan mencari penjahat sebenar tanpa kira apa yang akan berlaku.

Filem ini akan menyertakan pelakon seperti Cynthia Erivo, Andy Serkis, dan Dermot Crowley yang kembali sebagai detektif Martin Schenk – tetapi Alice Morgan lakonan Ruth Wilson tidak akan kembali. Filem ini akan tiba di Netflix pada 10 Mac ini, tetapi dukacita dimaklumkan yang kelima-lima musim siri TV tidak lagi ditawarkan.

Sohor Kini