MCU Fasa 4 tidak dinafikan adalah fasa yang mengecewakan kerana tidak banyak filem yang menarik dan gempak seakan MCU Fasa 3 dan sebelum. Marvel Studios memfokuskan kepada siri TV untuk Disney+ dan filem-filem dalam fasa 5 banyak elemen komedi dan bermain dengan konsep rentas masa serta rentas multimesta.

Kini, Fasa 4 telah tamat dengan Black Panther: Wakanda Forever dan Fasa 5 akan bermula dengan filem Ant-Man and the Wasp Quantumania. Hype filem ini kelihatan lebih gempak dan ramai peminat menantikan kehadiran filem ini.

Antara perkara menarik yang akan berlaku adalah kemunculan Kang the Conqueror, musuh utama MCU fasa baharu yang akan berterusan sehingga Avenger: The Kang Dynasty. Tiket filem ini untuk tayangan Malaysia sudah pun dijual sejak semalam dengan tayangan eksklusif untuk peminat bermula pada 15 Februari 8:00 PM di GSC IOI City Mall 2 (Timur) (dewan IMAX 3D) serta 8:30 PM di TGV Sunway Velocity dewan IMAX 3D juga.

Dalam semakan kami untuk menempah tiket, tidak dinafikan kami terlambat – lokasi GSC pada tarikh dan masa demikian telah habis dijual sementara kerusi di TGV tinggal di barisan hadapan yang perlu mendongak sahaja. Jelas di sini, ramai tidak sabar nantikan permulaan MCU Fasa 5.

Sohor Kini