Ant-Man and the Wasp Quantumania adalah filem Ant-Man ketiga dan merupakan filem pertama dalam MCU Fasa 5. Filem ini akan memperlihatkan Ant-Man/Scott Lang sekeluarga menentang musuh utama MCU iaitu Kang the Conqueror.
Filem ini turut akan melibatkan MODOK, peperangan dalam Quantum Realm, rentas-masa dan juga mungkin rentas multimesta (multiverse). Berdasarkan klip khas 10 minit yang kami tonton minggu lepas, filem ini nampak menarik.
Bagi yang tidak sabar untuk tonton filem ini, susun jadual anda kerana tiket tayangan telah mula dijual. Tarikh tayangan adalah seawal 15 Februari. Filem ini turut akan ditawarkan dalam format IMAX serta IMAX with Laser.
Terus ikuti kami di Aksiz dan nantikan artikel temuramah bersama Jonathan Majors pelakon Kang the Conqueror.