Seperti yang kami laporkan sebelum ini, filem Titanic akan ditayangkan semula di Malaysia sempena ulang tahun ke-25 filem ini ditayangkan pada tahun 1997. Menariknya, versi yang ditayangkan ini adalah versi dipulih semula dalam format baharu iaitu IMAX 3D.

Hari ini, 9 Februari 2023 – filem ini mula ditayangkan dalam tempoh terhad untuk satu minggu sahaja iaitu sehingga 15 Februari akan datang.

Titanic adalah filem epik James Cameron yang ditayangkan pada tahun 1997. Ia mengisahkan Jack Dawson lakonan Leornadi DiCarpio dan Rose DeWitt Bukater lakonan Kate Winslet yang jatuh cinta. Jack adalah seorang yang miskin, sementara Rose adalah seorang aristokrat. Tetapi, filem ini bukan sekadar kisah cinta tetapi turut mengisahkan bagaimana mereka berdua dan semua penumpang kapal RMS Titanic oleh White Star Line menyelamatkan diri dari karam.

Sehingga hari ini, Titanic adalah filem ketiga dengan kutipan tertinggi di dunia (Pertama Avatar, kedua Avengers: Endgame) iaitu sebanyak $2,201,647,264 (~RM9,630,225,297).

Filem Titanic IMAX 3D ini boleh ditonton di lokasi TGV terpilih, di mana terdapat 7 lokasi menawarkan format ini – TGV 1 Utama, TGC Central i-City, TGC Sunway Pyramid, TGV Sunway Velocity, TGV Gurney Paragon, TGV Tebrau City dan TGV Vivacity Megamall.

Harga tiket adalah RM42 seorang untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak.

Sohor Kini