Titanic adalah filem epik James Cameron yang ditayangkan pada tahun 1997. Ia mengisahkan Jack Dawson lakonan Leornadi DiCarpio dan Rose DeWitt Bukater lakonan Kate Winslet yang jatuh cinta. Jack adalah seorang yang miskin, sementara Rose adalah seorang aristokrat.

Tetapi, filem ini bukan sekadar cinta tetapi turut mengisahkan bagaimana mereka berdua dan semua penumpang kapal RMS Titanic oleh White Star Line menyelamat diri dari karam. Sempena ulang tahun ke-25 filem ini, Titanic akan ditayangkan semula di pawagam Malaysia.

Apa yang menariknya, tayangan semula ini adalah versi pulih-semula dalam format IMAX 4K 3D. Ia akan ditayangkan selama 1 minggu bermula 9 Februari nanti.

Sehingga hari ini, Titanic adalah filem ketiga dengan kutipan tertinggi di dunia (Pertama Avatar, kedua Avengers: Endgame) iaitu sebanyak $2,201,647,264 (~RM9,630,225,297).

Sumber: TGV

Sohor Kini