Brendan Fraser Hampir Berlakon Sebagai Superman

Tahukah anda yang J.J. Abrams pernah menulis skrip filem Superman untuk tayangan pada tahun awal 2000? Filem ini adalah Superman: Flyby dan dibatalkan kerana pelbagai konflik mencari pelakon dan konflik bersama studio. Projek filem ini dibatalkan dan berubah menjadi Superman Returns dengan skrip filem diolah semula.

Kini, Brendan Fraser pelakon Firefly dalam filem Batgirl yang dibatalkan, The Whale yang terkini dan turut terkenal dengan francais filem The Mummy mendedahkan dalam podsiar The Horward Stern Show beliau pernah hampir berlakon sebagai Superman/Clark Kent/Kal-El dalam filem Superman: Flyby. Tetapi beliau tolak kerana tidak ingin terikat dengan kontrak yang panjang untuk tiga filem dan tidak ingin dikenali sebagai pelakon yang popular kerana satu watak sahaja.

Superman: Flyby adalah filem Superman dari J.J. Abrams untuk tayangan pada awal tahun 2000 yang dibatalkan. Filem ini dikatakan berlaku di planet Krypton dan mengisahkan perang saudara antara Jor-El dan Kata-Zor yang jahat. Flyby juga adalah filem asal-usul Superman melibatkan Kal-El yang dihantar ke bumi, dijaga oleh Jonathan dan Martha Kent, bercinta dengan Lois Lane dan bekerja di Daily Planet.

Tetapi Lex Luthor dalam filem ini adalah ejen kerajaan yang obsesi kepada fenomena UFO. Selepas KClark Kent mendedahkan beliau adalah Superman, anak Kata-Zor iaitu Ty-Zor bersama tiga Kryptonian lain membunuh Superman. Superman bertemu dengan Jor-El bapa kandung beliau di syurga Krypton (Jor-El mati bunuh diri dalam penjara kerana Kata-Zor) dan dihidupkan kembali menjadi Superman untuk melindungi bumi.

Brett Ratner (Rush Hour, Tower Heist) adalah calon pengarah filem ini. Christopher Walken adalah calon Perry White, Anthony Hopkins pula Jor-El, Ralph Fiennes/Johnny Depp pula calon kepada Lex Luthor dengan Tom Welling calon utama sebagai Superman. Ashton Kutcher, Matthew Bomer, David Boreanaz, dan James Marsden turut pernah melakukan ujibakat dan bertemu dengan pengarah untuk menjadi Superman. Sementara Joel Edgerton adalah calon Ty-Zor, Selma Blair/Scarlett Johansson sebagai Lois Lane dan Shia LaBeouf sebagai Jimmy Olsen.

Kini filem Superman diolah semula oleh James Gunn untuk DC Universe melalui studio DC Studios sebagai permulaan baharu dunia filem DC fasa pertama Chapter One – God and Monster. Filem ini adalah Superman Legacy dan Gunn adalah calon pengarah.

Sohor Kini