Skip to main content

Bulan lepas, Apple telah mengumumkan sejumlah filem dan siri TV baharu yang akan disiarkan di Apple TV+. Banyak yang menarik seperti Shrinking yang kini boleh ditonton, sambungan kepada The After Party, Hello Tomorrow dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Apple mengumumkan satu lagi filem baharu iaitu Tetris.

Tetris adalah permainan klasik menyusun blok dan menghapuskan warna sama. Filem di Apple TV+ ini adalah kisah benar di sebalik bagaimana permainan ini diperkenalkan kepada dunia dan dipasarkan dengan melalui pelbagai cabaran, korupsi, serta melibatkan banyak kes mahkamah untuk sesebuah syarikat mendapatkan hak kepada Tetris.

Permainan ini dicipta oleh Alexey Pajitnov dan dijayakan oleh Henk Rogers melalui syarikat The Tetris Company yang memberi lesen Tetris kepada syarikat-syarikat lain. Dalam filem Apple TV+ ini, Rogers akan dilakonkan oleh Taron Egerton.

Leave a Reply