Skip to main content

Siri animasi ejen Ali Musim 3 sudah pun tamat disiarkan di Disney+ Hotstar pada Sabtu lepas, 28 Januari 2023 dengan 13 episod. Ejen Ali adalah siri animasi terbaik selepas Mechamato dengan penceritaan yang matang, perwatakan yang menarik dan bentuk animasi yang cantik di jarak dekat.

Dalam pemantauan saya sendiri di Twitter dan Facebook, ramai memberikan maklum balas positif dan teruja kerana plot cerita yang epik dan gempak – malah ramai turut berikan pujian kepad Ejen Ali dan Wau Animation serta tidak sabar menantikan kesinambungan siri seterusnya atau filem.

Baca: Ulasan – Ejen Ali Musim 3

Berita baik buat peminat Ejen Ali, filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM 2) kini dalam pembangunan. Buat masa ini dilihat filem masih di peringkat awal dan dalam perbincangan bersama pasukan Wau Animation yang digelar Wauriors.

Informasi ini didedahkan oleh Asrul Nasiruddin selaku Digital Compositor Wau Animation melalui Facebook beliau. Tiada butiran lanjut mengenai plot, tetapi besar kemungkinan Cero akan didedahkan dan sut perisai SATRIA untuk Ali menjadi Super Ejen akan diaktifkan. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply