Ant-Man and the Wasp: Quantumania adalah filem yang penting untuk MCU Fasa 5. Ini kerana filem ini akan berkait rapat dengan Avengers: The Kang Dynasty yang ditulis oleh penulis sama. Penjahat filem ini adalah Kang the Conqueror dan juga MODOK.

Hari ini, treler baharu telah dikongsi;

Berdasarkan treler, Scott Lang dan sekeluarga telah terperangkap dalam Quantum Realm dan untuk menyelamatkan diri – Lang/Ant-Man telah melakukan perjanjian bersama Kang yang dilihat adalah satu penipuan. Treler baharu ini memperlihatkan aksi yang dahsyat, kebolehan merentas masa, menghasilkan klon/varian watak, serta mempunyai detik yang menyedihkan.

MODOK juga kelihatan dengan lebih jelas dalam treler ini. Ant-Man 3 memberi petanda yang ini mungkin filem terakhir bagi watak ini. Kang dilihat mempunyai agenda yang lebih besar dan mungkin adalah penjahat MCU paling ganas selepas Thanos.

Filem ini akan ditayangkan pada 17 Februari nanti. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Sohor Kini