Harum Malam Akan Ditayangkan Pada 9 Februari Ini

Harum Malam adalah antara filem seram tempatan yang akan ditayangkan pada tahun ini. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang masih sedang berlatih menjadi penghalau hantu dan pengubat tradisional Islam, tetapi ingin berhenti. Remaja ini adalah Iqbal dan suatu hari, ada gangguan berlaku yang mengancam nyawa orang tersayang beliau menyebabkan beliau terpaksa menggunakan “kuasa” ini bagi menghentikan semuanya.

Filem ini dilihat akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Februari nanti. Filem ini adalah antara kerjasama D’Ayu Pictures, Skop Productions dan Apparat Profuctions. Antara pelakon dalam filem ini adalah Bront Palarae, Idan Aedan, Nabila Huda dan Remy Ishak. Apa yang menarik dengan filem ini adalah, ia turut akan menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Di AS, filem ini menggunakan judul Blood Flower dan akan menjadi siaran eksklusif di platform penstriman kandungan seram Shudder.

Sohor Kini