Nicolas Cage Tidak Akan Kembali Sebagai Spider-Man Noir

Antara varian Spider-Man yang menarik dalam filem animasi Spider-Man Into The Spider-Verse adalah Spider-Man Noir lakonan suara Nicolas Cage. Watak ini hidup dalam dunia hitam putih dan mendapati dunia multi-mesta berwarna lain unik sehingga beliau membawa pulang kiub rubik ke dunia sendiri.

Dengan filem sekuel yang akan ditayangkan pada Jun tahun ini, iaitu Spider-Man Across The Spider-Verse, Screen Rant melaporkan yang Nicolas Cage tidak akan kembali sebagai Spider-Man Noir dalam filem ini.

Tiada sebab rasmi yang diberikan kerana menurut Cage, Sony tidak pun menghubungi beliau untuk meneruskan menjadi pelakon suara watak ini. Tetapi pada pendapat kami, mungkin kerana Across The Spider-Verse akan mempunyai lebih banyak varian Spider-Man lain jadi Sony terpaksa memilih yang mana terbaik untuk peminat.

Turut tidak lupa, semua varian Spider-Man akan mempunyai bentuk animasi tersendiri dan dikatakan filem ini akan mempunyai enam bentuk animasi berbeza yang mungkin setiap satu adalah dunia berbeza. Filem ini akan ditayangkan pada 1 Jun akan datang, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini