Netflix Membatalkan 1899 Selepas Satu Musim

1899 adalah siri TV daripada pencipta siri Dark yang popular beberapa tahun lepas di Netflix. Siri ini cuba sesuatu yang lain, seperti dengan melibatkan elemen rentas-masa, mimpi, teknologi, ilusi dan banyak lagi. Ia adalah siri yang penuh misteri dan penyiasatan untuk mendedahkan perkara sebenar yang berlaku.

Siri ini tamat dengan lapan episod, dengan episod terakhir tergantung. Dukacita dimaklumkan, 1899 tidak akan diteruskan dengan musim kedua kerana Netflix telah membatalkannya. Perkara ini dimaklumkan oleh Baran o Odar, pencipta siri ini.

Tiada sebab jelas kenapa ia dibatalkan, tetapi berdasarkan pemantauan dan pengalaman menonton sendiri siri ini – 1899 tidak memberi pengalaman menonton yang cukup memuaskan berbanding dengan Dark. Walaupun ia mempunyai konsep yang menarik, nampaknya ia tidak cukup untuk Netflix teruskan dengan musim baharu.

1899 juga adalah siri Netflix pertama yang sepenuhnya menggunakan set penggambaran Volume seakan siri Mandalorian.

Sumber: Hollywood Reporter

Sohor Kini