Bulan Jun lalu, Netflix mengumumkan siri seram baharu berjudul 1899. Ia adalah siri seram misteri baharu daripada pencipta Dark yang amat memeningkan kepala tetapi cukup menarik untuk ditonton.

Treler pertama 1899 masih tidak jelas apakah cerita yang cuba disampaikan, ia hanya mempertontonkan pendatang asing yang merantau ke “dunia baharu” yang dipenuhi dengan orang yang cuba lari daripada sesuatu. Pendatang ini kemudian bertemu dengan kapal misteri Prometheus yang dikatakan telah berbulan hilang – apabila mereka menaiki kapal misteri ini lebih banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan mula berlaku.

Malam tadi, treler kedua dikongsi;

Walaupun masih tidak jelas, apakah 1899 cuba sampaikan. Tetapi treler baharu ini memperlihatkan mungkin mereka akan bermain dengan masa atau masuk ke dimensi lain? Selain itu rekaan keseluruhan siri TV turut dapat dilihat, di mana watak semua memakai pakaian klasik seakan Bridgerton tetapi dengan tema Steampunk yang gelap dan penuh misteri.

Turut kelihatan adalah simbol segi tiga hitam misteri yang tidak pasti apakah ia. Tetapi apa yang pasti, sebaik sahaja penumpang Kerberos naik ke Prometheus ada perkara misteri berlaku yang turut nampak menyeramkan.

Siri ini mempunyai lapan episod dan ia adalah siri Netflix pertama di mana keseluruhan penggambaran dilakukan di dalam set teknologi LED-Volume seperti siri Mandalorian. 1899 dihasilkan di studio Dark Bay LED iaitu studio milik Jantje Friese dan Baran bo Odar, pencipta siri Dark dan 1899 ini. 1899 akan disiarkan di Netflix pada 17 November akan datang.

Sohor Kini