Sempena musim cuti ini, Apple ingin anda habiskan masa dengan Apple TV+. Untuk itu, sekali lagi dua bulan langgan percuma diberikan dan selepas tamat anda perlu melanggan Apple TV+ pada harga RM29.90 sebulan atau melalui langganan Apple One.

Jika sebelum ini Apple berikan langganan percuma sempena dokumentari Selena Gomez My Mind And Me, kini Apple menawarkannya sempena promosi filem lakonan Will Smith – Emancipation.

Emancipation adalah filem mengenai Peter (Will Smith) yang cuba membebaskan diri dari perhambaan. Dengan kebijaksanaan beliau, kepercayaan serta sayang kepada keluarga beliau berusaha mengelak dari pemburu kejam di Louisana. Filem ini diadaptasi daripada kisah benar berdasarkan gambar 1863 yang memperlihatkan Whipped Peter ketika rawatan Union Army yang muncuk kali pertama di Harper’s Weekly.

Percuma 2 Bulan Langganan: apple.co/willgift

Tawaran langganan percuma ini tamat pada 14 Januari 2023 nanti. Untuk dapatkan langganan ini, anda perlu masukkan butiran pembayaran seperti kad debit/kredit, Touch N’ Go atau nombor telefon yang disokong untuk caj pada bil telko anda.

Sohor Kini