Semua platform penstriman video pasti akan menawarkan kandungan seperti dokumentari. Netflix ada banyak mengenai jenayah, Prime Video juga ada pelbagai mengenai sukan, Disney+ dan Apple TV+ juga menawarkan kandungan tersendiri dalam kategori ini.

Terbaru di Apple TV+ adalah ‘My Mind and Me’, dokumentari mengenai penyanyi, pelakon dan penerbit terkenal – Selena Gomez. Dokumentari ini sudah pun disiarkan sejak 4 November lalu. Ia menceritakan sejarah kehidupan Selena Gomez dari sengsara sehingga berjaya.

Sempena siaran dokumentari ini, Apple menawarkan dua bulan langganan percuma. Tawaran ini akan tamat pada 2 Disember 2022 akan datang, bagi mereka yang menuntutnya – anda akan menerima akses sehingga 6 Januari 2023 sebelum caj bulanan RM29.90 dikenakan.

Percuma 2 Bulan Langganan: https://redeem.apple.com/atvselena-emeia

Ini adalah peluang terbaik untuk dapatkan langganan ini, memandangkan harga langganan sudah naik RM10 dari RM19.90 ke RM29.90. Ia juga terhad kepada pelanggan Apple TV+ sedia ada dan pelanggan baharu – bukannya untuk pelanggan Apple One.

Sohor Kini