Bulan lepas, telah kami laporkan yang Disney sedang membangunkan siri TV Indiana Jones untuk Disney+. Siri ini adalah sebahagian daripada Disney untuk mengembangkan francais Indiana Jones agar lebih ramai mengenalinya.

Seperti yang semua sedia maklum, Harrison Ford tidak lagi akan berlakon sebagai Indiana Jones dalam mana-mana projek Indy selepas filem Indiana Jones and the Dial of Destiny. Pengarah filem ini iaitu James Mangold menjawab satu ciapan peminat mengenai penglibatan Harrison Ford dan beliau menjawab tidak.

Pelakon Phoebe Waller-Bridge yang akan menjadi anak jagaan Indy dalam filem ini juga dikatakan tidak akan terlibat dengan siri TV ini. Jadi ini bermakna, ada potensi yang siri TV adalah satu siri sampingan seperti yang dilakukan dengan National Treasure atau juga siri prekuel.

Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai projek ini daripada Disney sendiri.

Sohor Kini