Selain daripada Guardians of the Galaxy Volume 3, kami juga berkesempatan untuk menonton treler filem terbaru Indiana Jones iaitu Indiana Jones and the Dial of Destiny ketika Disney Content Showcase 2022.

Hari ini, Lucasfilm dan juga Disney telah berkongsi secara rasmi treler tersebut dan anda boleh tontonnya di bawah.

Filem kelima untuk siri filem ini akan berlaku pada tahun 1969 iaitu 11 tahun selepas filem keempat Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Filem ini memfokuskan kepada Indiana Jones yang curiga dengan Voller iaitu bekas tentera Nazi yang telah dilantik oleh NASA untuk membantu Amerika Syarikat di dalam projek angkasa ke bulan.

Di dalam treler diperlihatkan yang Indiana Jones tampaknya sudah ‘bersara’ dari pengembaraan tetapi mungkin terpaksa kembali. Selain itu, diperlihatkan juga Helena lakonan Phoebe Waller-Bridge yang merupakan anak pembaptisan dia. Treler juga memperlihatkan beberapa imbasan kembali dari filem-filemnya yang lepas.

Indiana Jones and the Dial of Destiny akan ditayangkan pada 30 Jun 2023.

Sohor Kini