Henry Cavill tidak akan kembali menjadi The Son of Krypton dalam filem-filem terbitan DC Studio. Pengumuman yang dilakukan pagi tadi dilakukan selepas pertemuan beliau dengan James Gunn dan Peter Safran yang kini memegang tampu pengurusan DC Studio.

Berita yang mengecewakan selepas kita diberikan prebiu beliau akan terus memakai seluar dalam merah ikonik Superman di masa akan datang dalam filem Black Adam. Berhentilah bercucuran air mata seperti keranda diusung pembaca yang dihormati sekalian. Ini ialah 5 calon pelakon yang boleh menggantikan Henry Cavill.


Brandon Routh

Hear me out friends. Mengembalikan Brandon Routh mungkin langkah yang bijak kerana membolehkan beliau meneruskan watak yang beliau pegang di dam filem Superman Returns. Kita tidak memerlukan pengolahan semula cerita asal usul Kal El tiba ke bumi. Tak perlu membunuh Jonathan Kent untuk menimbulkan kesedihan penonton.

Majoriti peminat Superman sudah khatam dan faham cerita beliau. Apa yang kita perlukan sekarang ialah Superman yang lebih berpengalaman, sudah berusia dan Routh adalah calon yang paling layak pada usia 43 tahun. Jika ura-ura adalah benar, James Gunn ingin menerbitkan filem Kingdom Come yang memerlukan Superman yang lebih tua. Markah bonus untuk Routh ialah beliau sudah kembali membawakan watak Superman sebelum ini dalam jalan cerita Crisis of Infinite Earth di dunia Arrowverse DC.

Mengembalikan pelakon lama juga boleh membuahkan hasil seperti kembalinya Andrew Garfield dan Tobey Maguire memakai spandex Spiderman tahun ini. Routh ialah pelakon pilihan paling nostalgia bagi kami di Aksiz


Matt Bomer

Kadang kala kita perlu menggantikan A dengan sesuatu yang rupanya hampir sama dengan A. Sebagai contoh anda sekarang menggunakan iPhone 11 Pro Max dan telefon seterusnya yang akan dibeli ialah iPhone 14 Pro Max. Rupa hampir sama maka tak perlu rasa aneh selepas bertukar kepada telefon baharu. Maka kami calonkan pula Matt Bomer sebagai seorang lag pelakon yang boleh menggantikan Cavill. Muka beliau hampir sama dengan Cavill dari pelbagai arah!

Muka kacak seperti dewa Yunani. Mata biru seperti langit Antartika. Dagu berkotak seperti badan Sponge Bob dan juga seorang pelakon yang dalam usia 40an seperti Brandon Routh. Beliau juga veteran dalam melakonkan watak adiwira kerana membawakan watak Negative Man dalam Doom Patrol serta menjadi suara kepada Barry Allen dalam filem animasi Justice Society: World War II.


Joseph Anoa’i

Routh ialah pilihan yang penuh nostalgia dan Bomer ialah pilihan selamat. Maka kita memerlukan satu pilihan yang tak disangka sehingga boleh menimbulkan kemarahan peminat tegar. Kami calon pula Joseph “Joe” Anoa’i atau lebih dikenali ramai sebagai Roman Reigns. Menjadi trend di Hollywood untuk menukar bangsa asal watak yang diadaptasi ke skrin perak. Nick Fury, Domino, Aquaman dan Jim Gordon adalah percaturan yang membuahkan hasil setakat ini.

Kenapa Roman? Beliau ingin memulakan kerjaya lakonan sekarang seperti sepupu beliau Dwayne Johnson. Kerana beliau masih baharu, kos produksi akan lebih rendah berbanding pelakon yang lebih terkemuka. Beliau mempunyai tubuh yang serasi sekali untuk menjadi Superman. Rahang beliau juga berkotak seperti dipahat menggunakan sesiku L. Finishing move beliau di dalam gelanggang WWE juga dipanggil Superman’s Punch. Apa lagi yang anda mahu?

Mengambil Reigns sebagai pelakon juga boleh membuatkan pertarungan Superman vs Black Adam lebih mantap kerana pertalian saudara antara pelakon utama. Harap Reigns boleh menjadi Tribal Chief sebenar dan membenam The People’s Champ!


Scarlett Johansson

Scarlett Johansson ialah pelakon wanita yang berbakat. Beberapa watak dengan berlainan etnik boleh dibawakan oleh beliau tanpa sebarang masalah. Beliau mantap sebagai Major Kusanagi. dan oleh juga membelasah musuh tanpa berpeluh sebagai Black Widow. Johansson ialah pilihan paling aneh dan wild card setakat ini.

Semasa Daniel Craig diumumkan sebagai James Bond pada tahun 2005 ramai yang mengatakan ia pilihan yang salah kerana mana mungkin 007 berambut perang. Jika James Gunn ingin melakukan kelainan sebenar lain daripada visi Richard Donner, Bryan Singer dan Zack Snyder belia harus berani. Sama berani seperti beliau memilih John Cena sebagai Peacemaker.


Nicolas Cage

Kita kembali kepada fitrah dan calon terakhir ialah pelakon kultus Nicolas Cage. Beliau dipilih oleh Tim Burton untuk menjadi Superman dalam filem Superman Lives yang ditulis oleh Kevin Smith. Cage ialah peminat tegar komik (nama beliau meminjam nama Luke Cage) terutamanya Superman sehingga seorang anak beliau diberikan nama Kal-El.

Sudah tiba masanya untuk sirih pulang ke gagang dengan Burton menjadi pengarah dan Smith menulis semula skrip asal. Jika Warner Brother boleh mengembalikan semula Snyder Cut, mereka kini perlu menghidupkan semula Superman Lives!

Sohor Kini