Bersedialah Semua Kerana Diablo IV Akan Hadir Jun 2023

Apa khabar penduduk Sanctuary? Jika anda kecewa dengan Diablo Immortal yang mungkin dilihat tidak mempunyai roh sebenar Diablo, Diablo IV kini disahkan akan dilancarkan pada 6 Jun 2023. Sudah tiga tahun sejak permainan diumumkan dengan treler yang cukup mantap. Di acara The Games Awards pagi ini sebuah treler baharu mengumumkan bila permainan tahap kultus ini akan dapat dimainkan.

Permainan telah menjalani proses ujian beta tertutup sejak September lalu. Sebelum pelancaran versi penuh tahun depan, sebuah beta terbuka akan dibuka untuk peminat melihat sendiri perubahan yang bakal dilakukan. Diharap kesilapan Diablo Immortal yang mempunyai masalah kotak tikam tidak berlaku kepada permainan RPG yang mempunyai jutaan peminat ini tahun depan.

Sohor Kini