Split Gravy on Rice filem yang baru sahaja dinobatkan filem terbaik di Festival Filem Malaysia-32 kini boleh distrim menerusi Netflix. Filem yang diadaptasi daripada pementasan teater Allahyarham Jit Murad ini siap penggambaran pada tahun 2011 tetapi hanya dibenarkan ditayangkan di pawagam Julai tahun ini beberapa bulan selepas kematian Jit.

Filem ini diarahkan oleh Datuk Zahim Albakri dengan barisan pelakon yang mantap Datuk Rahim Razali, Bernice Chauly, Sean Ghazi, Na’a Murad, Ida Nerina, Melissa Saila, Diana Danielle, Nam Ron, dan Amerul Affendi. Filem tidak diberikan kebenaran untuk ditayangkan di pawagam oleh Lembaga Penapisan Filem sebelum beberapa babak disunting. Selepas kebenaran diberikan, pandemik berlaku menyebabkan karya yang memenangi anugerah Boh Cameronian tidak sempat ditonton oleh penulis asalnya.

Sohor Kini