Di Malaysia terdapat pelbagai jenis dewan pawagam, ada yang kecil dan ada juga yang besar. Dewan besar yang dikenali ramai adalah IMAX yang hanya boleh dinikmati di TGV, sementara MBO pernah menawarkan Big Screen dan GSC pula dengan dewan MAXX.

Kini, GSC BIG telah dilancarkan secara rasmi dan ia akan menggantikan semua dewan GSC MAXX secara berperingkat. GSC BIG menawarkan saiz skrin sebesar 20 meter lebar dan 10.8 meter tinggi yang dikuasakan oleh projektor laser 4K yang menjamin kualiti paparan lebih tajam, warna yang terang dan jitu.

Dewan ini juga menggunakan sistem audio Dolby Atmos 32 saluran untuk audio imersif yang menggunakan teknologi audio spatial, dan dipadankan dengan sub-woofer tersendiri untuk impak bass yang lebih mendalam. Dewan besar ini mampu memuatkan 396 orang dengan ruang kaki luas menjamin keselesaan berpanjangan. Lokasi GSC BIG terpilih turut akan mempunyai kerusi bergerak D-BOX dan kerusi recliner.

Berikut adalah lokasi GSC yang menawarkan dewan BIG;

  • GSC The Starling Mall, Petaling Jaya
  • GSC Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara, Selangor
  • GSC MyTOWN Shopping Centre, Cheras, Kuala Lumpur
  • GSC Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang
  • GSC AEON Mall, Bandar Dato’ Onn, Kempas, Johor Bahru

Akan datang di;

  • GSC IOI City Mall, Putrajaya
  • GSC The Spring, Bintulu, Sarawak
  • GSC Paradigm Mall, Johor Bahru

Sohor Kini