Avatar The Way of Water akan ditayangkan tidak lama lagi. Ia adalah filem sekuel kepada Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 dan akan mempunyai durasi paling panjang untuk filem 2022 iaitu 3 jam 10 minit.

Filem ini masih lagi diarahkan oleh James Cameron dan memfokuskan kepada anak-anak Jake dan Neytiri. Dalam treler, makhluk-makhluk Avatar dilihat akan berperang dengan manusia di Pandora. Walaupun filem ini sudah dirancang untuk mempunyai pelbagai sekuel dengan Avatar 3 dna 4 sudah pun hampir siap – Avatar 3 mungkin akan dibatalkan jika kutipan Avatar 2 tidak menguntungkan.

Dalam laporan terkini Hollywood Reporter, James Cameron mendedahkan mengenai potensi francais Avatar dikembangkan kepada siri TV. Menurut beliau, beliau tidak berminat lagi buat masa ini kerana Avatar adalah filem yang menggunakan CGI yang rumit, memerlukan kos yang tinggi dam tenaga kerja yang gila. Jadi untuk menghasilkan siri TV sekarang adalah mustahil.

Tetapi dalam masa 10 tahun akan datang, jika teknologi sudah berkembang dengan bantuan kecerdasan buatan dan perisian yang lebih hebat – idea siri TV mungkin akan dipertimbangkan. Kemudian jika ada permintaan yang tinggi, beliau tiada masalah untuk melibatkan diri untuk filem Avatar 6 dan 7. Cuma untuk filme-filem Avatar di masa hadapan, beliau tidak akan terlibat secara terus kerana usia – tetapi akan melatih orang yang beliau yakin untuk menjayakan francais ini.

Sohor Kini