Avatar: The Way of Water adalah filem sekuel kepada Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009. 13 tahun selepas filem pertama, filem kedua ini akan menceritakan kisah Jake dan Neytir bersama anak-anak mereka. Filem James Cameron yang mengisahkan pemindahan kesedaran manusia ke dalam badan makhluk asing turut terkenal dengan durasi yang panjang.
Misalnya filem pertama adalah 2 jam 42 minit, yang mana sekarang mungkin tidak begitu panjang kerana ada sahaja filem mencapai tiga jam. Baru-baru ini, Hollywood Reporter telah melaporkan yang Avatar: The Way of Water akan mempunyai durasi mencapai 3 jam 10 minit.
Ini adalah satu durasi yang agak panjang dan mungkin boleh memenatkan untuk terus tonton sepanjang masa. Filem dengan durasi lebih 2 jam 30 minit dilihat semakin menjadi trend sejak kebelakangan ini. Harapnya di Malaysia nanti akan ada peluang untuk berehat.
Avatar the Way of Water akan ditayangkan di Malaysia pada 15 Disember nanti, sama-sama kita nantikan.
Baca: James Cameron – Filem 3D Masih Belum Mati, Avatar Adalah Bukti