Wednesday adalah siri sampingan aksi nyata pertama The Addams Family selepas sekian lama tiada adaptasi aksi nyata untuk francais ini. Siri ini memfokuskan kepada watak Wednesday Addams lakonan Jenna Ortega, seorang pelajar bermasalah yang cuba merungkai misteri di sebalik Nevermore yang melibatkan keluarga beliau.

Siri ini nampaknya menarik perhatian ramai orang, kerana telah menjadi siri TV paling kerap ditonton di Netflix. Baru satu minggu siaran, ia kini mencapai 341,230,000 jam tontonan. Wednesday juga berada di tangga pertama dalam senarai Top 10 Netflix untuk 93 negara. Apa yang mengejutkan adalah Wednesday telah memecah rekod tontonan Stranger Things 4 dengan 335,010,000 jam tontonan pada minggu pertama.

Wednesday turut menjadi siri TV Inggeris paling kerap di tonton di Malaysia sepanjang satu minggu dan berada di tangga pertama menewaskan Under the Queen’s Umbrella: Musim 1, Somebody: Musim 1 dan 1899: Musim 1. Kami turut ulas siri TV ini dan anda boleh baca melalui pautan di bawah;

Baca: Ulasan Wednesday – Iterasi Addams Family Moden Yang OK!

Sohor Kini